Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN
Fakta mengenai Graham Potter, yang dilantik sebagai pengurus kelab Liga Perdana, Chelsea.
Dilahirkan: 20 Mei 1975 di Solihull, England
- Advertisement -
PENGALAMAN BERMAIN
- Memulakan kerjayanya sebagai bek kiri di divisyen dua, Birmingham City pada 1992 sebelum menghabiskan semusim secara pinjaman di Wycombe Wanderers.
- Bermain untuk Stoke City sebelum berpindah ke Liga Perdana bersama Southampton, menganggotai pasukan yang mencatatkan kemenangan terkenal 6-3 ke atas Manchester United pada musim 1996-97.
- Mendapat satu cap untuk England di peringkat Bawah-21.
- Pernah mewakili West Bromwich Albion, York City dan Boston United sebelum menamatkan kerjayanya di Liga Dua, Macclesfield Town pada 2005.
KERJAYA KEJURULATIHAN
- Bekerja sebagai pengarah teknikal untuk pasukan wanita Ghana di Piala Dunia 2007 dan menjadi penolong jurulatih untuk Universiti Metropolitan Leeds.
- Dinamakan pengurus kelab divisyen empat Sweden, Ostersund pada 2010.
- Mengetuai Ostersund ke divisyen lebih tinggi berturut-turut sebelum membimbing pasukan ke divisyen utama Sweden pada 2015-16. Kelab itu menduduki tempat kelapan dalam musim sulung di divisyen itu.
- Memenangi Piala Sweden pada 2017 dan membawa Ostersund ke peringkat kumpulan Liga Europa.
- Dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Swansea City menjelang musim 2018-19 dengan kelab menduduki tempat ke-10.
- Mengambil alih Brighton & Hove Albion pada Mei 2019 dan membawa kelab itu ke tangga ke-15 dan ke-16 dalam dua musim pertamanya.
- Brighton menamatkan kedudukan musim lalu di tempat ke-9, pencapaian tertinggi mereka di liga.
- Menyertai Chelsea dengan kontrak lima tahun sebagai pengganti Thomas Tuchel.
GAYA KEJURULATIHAN
- Terkenal dengan gaya bola sepak licik dan berasaskan penguasaan.
- Menggalakkan pemain dan kakitangan menggunakan tarian dan muzik sebagai bentuk ekspresi diri. Dia meminta skuad Ostersundnya mempamerkan persembahan balet Swan Lake untuk masyarakat tempatan.