Tubuhkan barisan kepimpinan ulama peringkat akar umbi

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

ALOR SETAR: Dewan Ulamak PAS Pusat mencadangkan penubuhan barisan kepimpinan ulama di peringkat akar umbi iaitu PAS Cawangan di samping Dewan Pemuda dan Muslimat.

Ketua Dewan Ulama, Senator Dato’ Ahmad Yahaya berkata, langkah itu bagi memperkemaskan gerak dakwah dan pendidikan kepada masyarakat mengenai perjuangan PAS di Malaysia. 

- Advertisement -

“Memperkasakan Dewan Ulamak di negeri dan DUN, tetapi perlu ada inisiatif untuk menghidupkan ulamak diperingkat yang lebih kecil supaya gerak kerejanya dapat dirasai oleh rakyat.

“Dewan Ulamak sudah diwujudkan di kawasan seluruh negara, tetapi belum ada cawangan, jadi saya cadangkan penubuhan cawangan dari kalangan pondok ada seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Ulamak pada Muktamar Dewan Ulamak PAS kali ke-61 yang diadakan di Dewan Serbanguna Guar Cempedak di sini pagi tadi.

Ahmad berkata lagi selain itu bagi memperkasakan peranan ulamak dalam persada politik tanah air ialah menyusun gerak kerja lajnah di bawah Dewan Ulamak PAS Pusat.

Menurutnya ulamak perlu dilibatkan dalam setiap jentera kempen pilihan raya menerusi penambahan ilmu serta kemahiran berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selain mengemaskini keahlian ulamak pelapis dan alimat kata beliau, Dewan Ulamak mengerakkan program mendekati rakyat dengan kerjasama sayap PAS, Pemuda dan Muslimat.

“Kita kena saling berganding bahu bersama kawasan, pemuda dan muslimat bagi menjadi pemangkin kepada gerak kerja pas serta turun bersama-sama dalam masyarakat.

“Kita juga perlu turun ke tengah masyarakat membimbing mereka bagaimana cara memilih pemimpin negara, selain menolak kepimpinan yang menyeleweng, gugat agama dan bangsa,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/9/2022

- Advertisement -