PAS Putatan bantu 10 keluarga mangsa kebakaran

Muhammad Akmal (kanan) menyampaikan bantuan kepada sakah seorang ahli keluarga mangsa kebakaran di Putatan, Sabah.
- Advertisement -

Oleh RAIDAH HANISA RUSLAN

PUTATAN: Sepuluh buah keluarga mangsa kebakaran yang kini  ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara, Dewan Raya Putatan telah diberikan bantuan oleh PAS kawasan Putatan.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Muhammad Akmal Othman hadir menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian, barangan keperluan bayi dan kanak-kanak serta wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Putatan, Noorsheela Shamsudin, mangsa terdiri daripada 10 buah keluarga yang menyewa bilik dalam rumah tersebut. 

Kejadian yang berlaku pada jam 5 petang pada 16 Ogos lalu di Ganang Village Rest House itu dikatakan berpunca daripada tong gas yang meletup daripada salah sebuah bilik dan merebak ke seluruh rumah sewa berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Mangsa memaklumkan mereka tinggal sehelai sepinggang, tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen peribadi, pakaian, perkakas elektrik serta telefon bimbit.

“Mereka mengharapkan sumbangan daripada orang ramai untuk membantu mereka membina semula kehidupan,” ujarnya.

Menurut Noorsheela, PAS Putatan amat bersimpati dan turut sama berasa sedih di atas kejadian yang berlaku itu dan berharap mangsa diberikan kesabaran yang tinggi dan berdoa agar Allah menggantikannya  dengan rezeki yang lebih baik.

Bagi orang ramai  yang ingin memberi sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Putatan 10016010078048, rujukan ‘tabung kebakaran’ atau hubungi Raidah di menerusi nombor 019-999 7044. – HARAKAHDAILY 23/8/2022

- Advertisement -