Kurikulum Pendidikan YIK diakui banyak pihak

Azhar (kanan) pada majlis perasmian Kursus Kepimpinan Pendidikan Kelantan 2022 (ILDAN) di Kuala Lumpur pada 25 Julai 2022.
- Advertisement -

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Kurikulum Pendidikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) mempunyai identitinya yang tersendiri sehingga diakui banyak pihak.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri, Azhar Salleh berkata, terdapat sekolah agama di luar Kelantan turut menggunakan kertas peperiksaan agama yang dikendalikan YIK.

- Advertisement -

“Matlamat kita bukan untuk mencapai kecemerlangan akademik sahaja, tetapi lebih besar daripada itu iaitu mengubah minda masyarakat, individu dan pemimpin itu sendiri,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Kepimpinan Pendidikan Kelantan 2022 (ILDAN) yang diadakan di ibu negara semalam.

Bagaimanapun menurutnya antara cabaran besar yang dihadapi YIK termasuk wujud jurang kepemimpinan pendidikan antara orang lama dan pengetua baharu.

Menurut beliau, bakat kepimpinan yang ada dalam kalangan guru-guru sangat diperlukan bukan hanya membantu sekolah, sebaliknya menjadi harapan masyarakat.

“Pendidik merupakan pejuang pembangunan insan yang dihormati masyarakat. Jadi pilihan yang ada di hadapan kita sekarang iaitu membangun potensi yang ada,” katanya.  

Menurutnya juga, kursus yang melibatkan pengetua serta penolong-penolong kanan sekolah YIK diadakan dari semasa ke semasa untuk berkongsi ilmu bagi menghadapi cabaran semasa sekarang. – HARAKAHDAILY 26/7/2022

- Advertisement -