8 juta liter air zam-zam diagihkan kepada pengunjung Masjidil Haram

- Advertisement -

RIYADH: Sebanyak lapan juta liter air zam-zam telah diagihkan kepada pengunjung di Masjidil Haram di Makkah sepanjang sepuluh hari pertama Ramadan pada tahun ini.

Kesemua lapan juta liter air zam-zam itu diagihkan dalam tiga juta botol sekali guna, dan melalui 25,000 kontena yang tersebar di sekeliling masjid, 250 beg belakang dibawa pekerja, 58 kereta pintar berkapasiti 80 liter setiap satu, dan 33 kereta khas setiap satu memuatkan 100 botol dalam kawasan mataf.

- Advertisement -

Lebih 100 pekerja telah dikerahkan ke pelbagai pintu masuk masjid, di mana 100 daripadanya sedang digunakan pada masa ini, untuk mengalu-alukan pengunjung, mengarahkan mereka, menguruskan aliran keluar dan masuk orang ramai, dan menyokong anggota keselamatan dalam mengarahkan orang ramai dari satu bahagian ke bahagian lain ketika solat di kawasan yang mencapai kapasiti penuh.

Masjid itu juga telah dibersihkan sebanyak 100 kali pada sepertiga pertama Ramadan oleh 4,000 pekerja. Setiap kali dibersihkan, 1,300,00 liter pembasmi kuman dan 25,000 liter pewangi digunakan. – Arab News

- Advertisement -