Senator puji perluas program patuh syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Muhammad Zahid Mat Arip, memuji langkah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperluaskan program patuh syariah yang dilaksanakan sekarang.

Beliau berkata, program berkenaan ada yang berkesan dan boleh dikembangkan lagi dari semasa ke semasa.

- Advertisement -

Sebelum itu, Timbalan Menteri kementerian itu, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata pihaknya telah melaksanakan kolaborasi dengan kementerian lain bagi mempertingkatkan elemen patuh syariah.

Katanya, ini termasuk peraturan pakaian patuh syariah bagi wanita Islam.

“Namun Yang Berhormat Senator, kena faham bahawa bidang kuasa yang ada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ada perkara berada di bawah bidang kuasa kementerian lain, namun apa pun kita sentiasa berhubung dengan mengadakan kolaborasi dengan kementerian berklenaan,” ketika menjawab pencelahan seorang senator pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Senator berkenaan sebelum itu ingin mengetahui apa program berunsur Islamik yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Siti Zailah berkata, setakat ini lebih 120 program dilaksanakan kementeriannya sejak tahun 2020, sama ada secara dalam talian atau fizikal. – HARAKAHDAILY 25/10/21

- Advertisement -