Dialog Ummah berpaksikan Politik Matang dan Sejahtera

- Advertisement -

SEWAKTU sesi Dialog Ummah kelmarin yang berkisar tajuk: Kesepaduan Pendidikan dan Agama Pemacu Kelantan Sejahtera yang menampilkan YB Dato’ Mohd Amar (TMB) dan Dato’ Panglima Perang Dato’ Nassuruddin bersama NGO-NGO bagi menjawab segala persoalan berkaitan kerajaan pentadbiran kerajaan.

Sesi yang awalnya disiarkan secara tertutup kepada NGO-NGO yang dijemput dibuka secara umum melalui siaran di page Dato’ Nik Amar. Menariknya sepanjang sesi berlangsung terlalu banyak persoalan-persoalan dikemukakan termasuklah soalan panas yang diutarakan oleh pembangkang telah dijawab santai dan telus oleh ahli panel.

- Advertisement -

Kemuncaknya persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda PAN Kelantan saudara Jeming Hassan yang mengemukakan soalan berkisar isu utama yang sentiasa dibangkitkan iaitu permasalahan air. Antara soalan yang diajukan oleh beliau: 

1. Apakah persiapan Kerajaan Negeri menerima perantau balik beramai-ramai, dari segi perkhidmatan air dan COVID-19.

2. Terengganu, Kedah bawah pentadbiran PAS. Adakah PAS Kelantan akan terus tidak benarkan pawagam beroperasi di Kelantan.

Persoalan-persoalan rutin Ketua Pemuda PAN tersebut dikupas serta dijawab langsung oleh Timbalan Menteri Besar tanpa berdolak dalih. Serta mengemukakan serta menjelaskan isu-isu berkait yang merumitkan proses penambahbaikan isu air di Kelantan. Dengan komitmen tinggi dari Kerajaan Pusat, usaha gigih yang berterusan sedang dilaksanakan mengikut fasa-fasa yang telah disusun, tanpa menafikan ada sudut-sudut kelemahan yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan negeri yang tampil dan bersemuka dalam menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Semoga jawapan-jawapan yang diberikan khususnya kepada Ketua Pemuda PAN akan memberi sinar positif baharu ke arah kematangan politik demi kepentingan rakyat Kelantan.

JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 12/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000629532241/posts/4682091611821777/

- Advertisement -