7 tuntutan mahasiswa berkumandang di Dewan Negara

- Advertisement -

PADA 6 Oktober 2021, Sidang Dewan Negara telah menjadi saksi agenda pemerkasaan kebajikan mahasiswa telah dibentangkan oleh YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS di hadapan Ahli-ahli Yang Berhormat. Menariknya, cadangan yang dikemukan oleh beliau adalah merupakan hasil serahan Memorandum 7 Tuntutan Mahasiswa kepada KPT oleh pihak GAMIS dalam Himpunan Mahasiswa Bangkit yang telah diadakan tempoh hari.

Dalam ucapan berkenaan, YB Senator telah menggesa pihak kerajaan untuk menyatakan pendirian serta tindakan bagi mahasiswa yang menjalani latihan industri. Beliau telah membawa cadangan agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat mewujudkan kerjasama strategik dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mewujudkan garis panduan situasi ‘win-win situation’ antara pihak industri dan mahasiswa supaya bayaran upah berpatutan dengan beban kerja yang diberikan. 

- Advertisement -

Seterusnya, pihak KPT serta Kementerian Sumber Manusia diminta untuk mengusahakan tawaran program Peningkatan Kemahiran dan Latihan Semula upskilling dan reskilling kepada mahasiswa sebelum mereka menamatkan pengajian dan tempoh pembelajaran di universiti. 

Justeru, GAMIS di kesempatan ini ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam yang juga merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional di atas kesudian membawa suara mahasiswa dalam sidang kali ini. Tindakan ini telah menunjukkan bahawa YB Senator telah berjaya menunjukkan komitmen dan menunaikan janji beliau untuk membawa suara mahasiswa terus kepada pihak kerajaan melalui kapasiti beliau sebagai ahli Dewan Negara di samping membuktikan permasalahan serta isu-isu mahasiswa cukup dekat di hati beliau. 

GAMIS dengan ini mengharapkan lebih ramai pimpinan-pimpinan politik sama ada Ahli Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat yang komited untuk membawa buah fikir dan suara dari mahasiswa sebagai salah satu agenda kerajaan yang perlu diberikan perhatian dan pembuktian kepada keseriusan kerajaan mengangkat suara anak muda dan mahasiswa selaras dengan petikan ucapan Perdana Menteri ke-9 (perenggan 28-29) untuk mendengar suara anak muda dalam kerajaan yang baru ini.

GAMIS akan terus konsisten dan komited untuk menjadi wakil kepada suara dan rintihan mahasiswa demi memastikan agenda kebajikan mahasiswa menjadi agenda penting kerajaan dalam pembentukan polisi dan hala tuju pentadbiran negara. 

“Memimpin Kebangkitan Mahasiswa”

MUHAMMAD ARIF HAKIMI MALUDIN
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) – HARAKAHDAILY 11/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/175982485876128/posts/2319796854828003/

- Advertisement -