Teruskan pemberian diskaun bil elektrik

- Advertisement -

SAYA mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang menjawab soalan saya pada sesi bergulungan berkenaan diskaun bil elektrik kepada pengguna domestik dan Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) yang sepatutnya tamat September 2021 dilanjutkan.

Tidak dapat dinafikan, sejak awal tahun 2020, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM2.75 bilion malah peruntukan sebanyak RM2.274 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai diskaun bil elektrik pengguna sehingga September 2021 untuk meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat. 

- Advertisement -

Oleh yang demikian, saya yakin, pertimbangan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan bagi menyambung pemberian rebat atau diskaun ini memberi nafas lega kepada semua rakyat yang semestinya memerlukan elektrik dalam kehidupan seharian. 

Inisiatif ini wajar diteruskan kerana, meskipun Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah melakukan pemotongan elektrik sejak hampir setahun setengah, namun TNB tetap meraih keuntungan bersih RM1.82 bilion bagi separuh pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding RM1.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Justeru, saya berharap agar pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna domestik dan perusahaan mikro kecil sederhana akan diteruskan sebagai usaha membantu rakyat memulihkan semula ekonomi akibat pandemik COVID-19.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 11/10/2021

- Advertisement -