‘Frontliners’ Hospital Jengka dihargai Ustaz Shahril

- Advertisement -

KUALA KRAU: Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau, Rohaya Razali telah menyampaikan sumbangan daripada ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim di Kuaters Hospital Jengka, di sini semalam.

Muslimat PAS Kuala Krau mewakili Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jengka dengan kerjasama Pertubuhan Sheikha Lubna menyerahkan bakul makanan kepada 60 keluarga ‘frontliners’ di hospital tersebut.

- Advertisement -

“Kekuatan pasukan kerja PAS adalah kerjasama, apa juga perkara pasti menjadi ringan jika semua pihak saling faham memahami dan bantu membantu melancarkan segala urusan.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu memberi sedikit kelegaan hati khususnya kepada ahli keluarga ‘frontliners’ yang banyak berkorban masa dan emosi demi menyelamatkan nyawa para pesakit COVID-19,” ujarnya. 

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Negeri Pahang itu menyerahkan sumbangan tersebut yang diterima oleh Pembantu Perubatan Hospital Jengka, Sabri Mohd Nor.

Mewakili rakan-rakan ‘frontliners’ yang menerima sumbangan tersebut, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Shahril Azman di atas keprihatinan beliau kepada mereka menerusi pemberian itu.

Ustaz Shahril di dalam pesanan ringkasnya menerusi aplikasi Whatsapp turut merakam ucapan penghargaan kepada barisan hadapan Hospital Jengka yang telah bertungkus lumus berkhidmat dan berbakti sepanjang pandemik COVID-19 ini.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tanggungjawab. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan hati kepada ahli keluarga,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/9/2021

- Advertisement -