Kemampuan parti Islam mentadbir dinilai dunia

- Advertisement -

MAJALAH The Economist membuat analisis berkenaan parti-parti Islam di negara-negara Arab seperti Ikhwan Mesir, An Nahdah Tunisia dan ‘Adalah Maghribi.

Secara umumnya pada peringkat awal bila dilakukan pilihan raya yang telus mereka mendapat sokong ramai rakyat kerana calon-calon mereka dilihat lebih bersih dan mereka juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Bila mereka mendapat kuasa lain pula yang berlaku. 

- Advertisement -

Selain daripada masalah ekonomi yang tidak selesai, mereka juga tidak mendapat kerjasama pegawai-pegawai kerajaan seperti para hakim, serta media yang memburukkan mereka. Akhirnya mereka dilihat gagal sama ada kegagalan itu dari mereka sepenuhnya atau sebahagiannya berpunca dari mereka.

Sama juga dasar-dasar penting negara tidak dapat dikuasai mereka. Sebagai contoh bekas Perdana Menteri Mangribi dari parti Islam Sa’duddin Uthmani sebelumnya berkata kerajaannya tidak akan berurusan selamanya dengan Israel. Tiba-tiba beberapa minggu selepas itu Maghribi mengadakan normalisasi dengan Israel.

Ada yang menjawab itu adalah kehendak Raja Maghribi dan kerajaan tidak mampu menghalang. Tapi kesudahannya untuk apa kuasa bagi puak Islamis jika mereka tidak mampu mengubah dasar kerajaan seperti yang mereka mahu, ini akhirnya membawa kepada orang Islam memimpin negara demokrasi dan bukan demokrasi berasaskan Islam.

Kesudahannya parti-parti Islam sama ada di Mesir atau Tunisia atau Maghribi tidak berjaya mengubah apa-apa walaupun mereka dikatakan telah banyak bertolak ansur (menggadai) prinsip mereka bahkan lebih teruk daripada itu mereka dijatuhkan sama ada ditolak oleh rakyat ataupun deep state (daulah terpendam). 

Antara pelajaran paling bahaya bagi Islamis ialah jika sistem yang ada tidak memihak kepada mereka bahkan mereka dikhianati, apa gunanya mereka membuat parti dan masuk pilihan raya jika tidak boleh berbuat apa-apa selepas itu?

*Status ini ringkasan kepada kandungan analisis the Economist bukan pandangan peribadi saya. Dalam artikel asal ada dua poin boleh dijadikan muhasabah bagi gerakan Islam iaitu jangan gadai prinsip kerana kuasa politik dan kedua jangan menjanjikan benda yang sukar dibuat.

USTAZ MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 21/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100001007359719/posts/4594593267250873/

- Advertisement -