76.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 92.5 peratus atau 21,719,553 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

- Advertisement -

Sementara itu, sebanyak 39,234,306 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

“Semalam, sebanyak 248,410 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – BERNAMA

- Advertisement -