Saudi catat sifar kematian Covid-19 buat kali pertama dalam tempoh dua tahun

- Advertisement -

RIYADH: Arab Saudi tidak merekodkan sebarang kematian akibat jangkitan Covid-19 sepanjang 24 jam lalu, buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Kementerian Kesihatan Saudi dalam kenyataannya pada Selasa (5 Mac) berkata, 116 kes baharu direkodkan dengan hanya dua kes dilaporkan kritikal dan tiada kematian dicatatkan, manakala kes pulih dicatat sebanyak 298.

- Advertisement -

Kematian pertama jangkitan Covid-19  dilaporkan di Saudi pada 24 Mac 2020, apabila seorang penduduk Afghanistan berusia 51 tahun meninggal dunia di Madinah.

Ia dilaporkan 22 hari selepas jangkitan pertama Covid-19 direkodkan di Saudi, 2 Mac 2020 apabila seorang warganegara yang datang dari Iran melalui Bahrain  dijangkiti virus itu. 

Secara keseluruhan sepanjang kira-kira dua tahun pandemik Covid-19, Saudi mencatat kes jangkitan sebanyak 751,296 kes dengan 735, 699 kes pulih dan 9,050 kematian. – Saudi Gazette

- Advertisement -