WHO isytihar wabak Marburg di Ghana

Wabak Marburg di Ghana dicetuskan oleh kelawar buah. (FOTO The Weather Channel)
- Advertisement -

BRAZZAVILLE: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak pertama penyakit virus Marburg di Ghana yang mirip virus Ebola, susulan hasil kajian  makmal mengesahkan jangkitan dalam dua kes yang diumumkan pada awal bulan ini.

Menurut kenyataan WHO, penyakit itu dengan simpton demam berdarah yang berjangkit dengan pantas  dalam kalangan ahli keluarga yang sama seperti simpton jangkitan Ebola, disebarkan kepada orang ramai melalui kelawar buah; dan ia menular dalam kalangan manusia melalui sentuhan langsung dengan cecair badan  indivudu dan permukaan badan yang dijangkiti.

- Advertisement -

Analisis awal sampel daripada dua pesakit dari wilayah Ashanti selatan Ghana – kedua-duanya meninggal dunia dan tidak berkaitan  antara sama lain – didapati positif, tetapi telah dimajukan untuk pengesahan penuh kepada Institut Pasteur di Dakar, Senegal, lapor Reuters.

“Makmal agensi kesihatan PBB itu mengesahkan keputusan dari Institut Memorial Noguchi untuk Penyelidikan Perubatan di Ghana,” kata WHO dalam satu kenyataan pada Ahad (17 Julai).

Tambah kenyataan itu, lebih 90 kenalan kedua-dua mangsa, termasuk pekerja kesihatan dan anggota masyarakat, telah dikenal pasti dan sedang dipantau.

Marburg berpotensi sangat berbahaya dan membawa maut dengan kadar kematian kes dalam wabak yang lalu adalah antara 24 peratus hingga 88 peratus.

“Wabak ini menandakan kali kedua penyakit itu dikesan di Afrika Barat, selepas Guinea mengesahkan satu kes dikesan pada Ogos dan lima minggu kemudian ia diisytiharkan sebagai wabak di negeri itu. 

“Wabak Marburg sebelum ini dan kes individu telah muncul di Angola, Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda,” kata WHO. – HARAKAHDAILY 18/7/2022

- Advertisement -