Dua lagi kes cacar monyet disahkan di Singapura

Wabak penyakit cacar monyet telah diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai kecemasan kesihatan global. (FOTO Consumer NZ)
- Advertisement -

SINGAPURA: Dua lagi kes jangkitan cacar monyet telah disahkan di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada lapan kes.

Dalam kemas kini di laman webnya pada Ahad (24 Jul), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata bahawa kedua-dua kes baharu itu tidak dikaitkan dengan mana-mana jangkitan cacar monyet sebelum ini.

- Advertisement -

Kes pertama ialah pertama ialah kes import melibatkan seorang lelaki Estonia berusia 46 tahun yang datang ke Singapura dari London pada 21 Julai dan disahkan positif cacar monyet pada 24 Julai..

“Lelaki yang mengalami ruam dan  demam, serta nodus limfanya bengkak itu mendapatkan rawatan perubatan pada 23 Julai dan dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada hari yang sama,” ujar kenyataan MOH menurut laporan CNA.

Kes kedua membabitkan seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun yang disahkan positif cacar monyet pada 24 Julai. Dia mengalami ruam dan mendapatkan rawatan perubatan pada 24 Julai sebelum  dimasukkan ke NCID pada hari yang sama.

“Kedua-dua kes berada dalam keadaan stabil dan pengesanan kontak sedang dijalankan,” kata MOH.

Terdahulu, kes pertama cacar monyet di Singapura dilaporkan pada 6 Julai lalu apabila MOH mengesahkan pesakit ialah lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang menetap di Singapura. 

Merujuk kepada kenyataan media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin pada 8 Julai lalu, setakat ini kes cacar monyet belum dikesan di Malaysia. – HARAKAHDAILY 25/7/2022

- Advertisement -