Terengganu akan beri air percuma dua bulan

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Pemberian air percuma selama dua bulan kepada seluruh pengguna di Kuala Nerus dan sebahagian di daerah ini yang terjejas baru-baru ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, perkara itu sedang dibincangkan memandangkan masalah air 2.0 di dua daerah berkenaan baru sahaja selesai.

- Advertisement -

Insya-Allah sama ada kita gabungkan pada bulan Oktober dan November ini atau November dan Disember.

“Kita juga mempunyai cadangan untuk melakukan rebat ke atas akaun pengguna pada bulan-bulan terdahulu,” katanya dilapor TRDI.my, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman (BN-Seberang Takir) ketika sesi Penggulungan Ke Atas Perutusan Sultan Terengganu pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini.

Pada 9 Ogos lalu, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan air percuma selama dua bulan kepada seluruh pengguna di dua daerah yang terjejas sebaik proses membaik pulih bekalan selesai.

Namun, difahamkan pemotongan itu tertangguh kerana masalah air kembali berlaku dan proses pembaikan terpaksa disiapkan terlebih dahulu sebelum inisiatif itu dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 15/9/2021

Sumber Asal: https://www.trdi.my/pemberian-air-percuma-dua-bulan-dilaksanakan-dalam-masa-terdekat

- Advertisement -