Tiada idea pembangkang bantu KKM hadapi wabak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tidak dapat dinafikan lagi pembangkang memanfaatkan sepenuhnya persidangan khas parlimen yang bermula Isnin lepas bagi merealisasikan agenda politik mereka.

Sedangkan cadangan asal persidangan khas parlimen bagi membincangkan menangani penularan Covid-19 yang begitu membimbangkan sekarang.

Malangnya sehingga empat hari persidangan berlangsung tiada idea dilontar pembangkang bagi membantu kerajaan tujuan itu.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pasir Puteh Dato’ Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, sehingga sekarang tidak nampak lagi idea baru yang dikongsi pembangkang bagi membantu kerajaaan menangani wabak Covid.

Katanya, tiada cadangan daripada pembangkang yang boleh membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengatasi wabak tersebut.

“Saya amati sepanjang persidangan tiada ada idea menarik daripada pembangkang yang boleh membantu KKM untuk berdepan dengan wabak tersebut. Cuba bagi idea baru yang KKM belum lagi laksanakan.

“Sebaliknya dalam masa yang sama mereka menuntut diadakan persidangan parlimen yang lebih panjang,” katanya pada persidangan khas parlimen hari ini.

Sebelum itu beliau bangun membangkit peraturan dewan bagi meredakan keadaan ketika persidangan yang baru bermula, namun gamak dengan lagak pembangkang.

Kata beliau apa yang berlaku pembangkang banyak membazirkan masa dengan mengungkitkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan penerangan yang diberi menteri.

Menurut beliau pembangkang menghabiskan masa dengan membincangkan perkara-perkara lain di luar agenda yang ditetapkan urusan persidangan. – HARAKAHDAILY 29/7/2021

- Advertisement -