Olimpik: Aaron Chia-Wooi Yik berjaya ke separuh akhir

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR: Pasangan bergu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menceriakan kem pasukan negara hari ini apabila berjaya melangkah ke separuh akhir acara badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Advertisement

Memetik laporan olympics.com, pasangan itu berjaya menewaskan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon 21-14, 21-17 pada aksi suku akhir di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza, sebentar tadi.

Aaron Chia-Wooi Yik selaku pilihan kesembilan Olimpik Tokyo memperlihatkan persembahan yang mantap untuk menumpaskan beregu pilihan utama itu yang mengambil masa 13 minit untuk menamatkan set pertama dan 19 minit pada set kedua.

Mereka berjaya melangkah ke suku akhir selaku Naib Juara Kumpulan D selepas menewaskan beregu Kanada, Jason Ho-Shue/Nyl Yakura 21-15, 21-13, kelmarin.

Pada petang ini, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia bertemu pemain ranking keenam dunia yang juga pemenang pingat emas temasya edisi Rio 2016, Chen Long dari China.