Memahami konflik Syeikh Jarrah dan kebinatangan Israel

BAYANGKAN ketika anda senang lenang di rumah yang diduduki sekarang, tiba-tiba segerombolan askar memecah masuk dan memaksa anda keluar dari rumah. Sehelai sepinggang. Anda tunjukkan geran tanah kepada askar tersebut namun geran itu dikoyak dan dibakarnya.

Dengan hati yang pedih, anda dan keluarga keluar dari rumah secara terpaksa dan pergi ke kampung sebelah. Mujur ada kawasan lapang tempat anda memacak khemah sementara buat berteduh. 20 tahun selepas itu, anda sudah membina penempatan atas tapak khemah tadi. Komuniti baru telah dibina di situ. Anda juga telah peroleh geran baru. 

Advertisement

Tiba-tiba, segerombolan askar datang kembali memecah masuk rumah anda dan mahu menghalau keluar anda sekali lagi. Walaupun anda tunjukkan bukti, rumah dan tanah itu milik anda, tetapi kebinatangan askar tersebut tidak pedulikan semua itu.

Anda terpaksa keluar sekali lagi. Inilah yang berlaku di Kejiranan Syeikh Jarrah, yang mencetus tragedi kebinatangan Israel baru-baru ini dalam bulan Ramadan 2021.

Sejarah ringkas

Secara ringkasnya, setelah ‘Nakba’ pada 1948, ramai penduduk asal Palestin dihalau oleh Rejim Zionis ke negara-negara berdekatan, untuk bolehkan Zionis membina negara haram Israel. 28 keluarga yang diusir menetap di Kejiranan Syeikh Jarah, Barat Jerusalem sekitar tahun 1956. 

Pada tahun tersebut, 28 keluarga tersebut mencapai persetujuan dengan Kementerian Pembinaan dan Pembangunan Jordan dan UN Refugee Agency (UNRWA) untuk membina rumah untuk mereka di Kejiranan Syeikh Jarrah. Ketika itu kejiranan ini masih di bawah penguasaan Negara Jordan.

Kerajaan Jordan menyediakan tanah sementara UNRWA membiayai kos pembinaan. Menurut perjanjian, hak milik tanah tersebut akan berpindah kepada 28 keluarga tersebut setelah 3 tahun rumah siap dibina. 

Pemindahan hak milik itu terhenti setelah Rejim Israel menakluk Tebing Barat dan Jerusalem pada tahun 1967. Ini menghalang proses pendaftaran hak milik tadi. Sejak itu, 28 keluarga tersebut berkembang menjadi 38 keluarga dan mereka diasak oleh Rejim Israel saban hari untuk mengusir mereka keluar dari Kejiranan Syeikh Jarrah.

Pada tahun 1970, undang-undang ‘Law on Legal and Administrative Affairs’ digubal oleh Israel. Menurut undang-undang itu, Yahudi yang hilang tanah pada tahun 1948 boleh menuntut semula. Namun, undang-undang ini tidak benarkan orang Palestin yang hilang tanah pada tahun 1948 menuntut semula.

Undang-undang rimba itu terus-terusan dipertikai oleh penduduk Palestin, dan diguna oleh Israel untuk menjarah. Pada tahun 1972, Separdic Committee and the Knesset Committee of Israel (SCKCI) menyatakan kononnya bahawa tanah Syeikh Jarrah tersebut adalah milik mereka sejak 1885. 

Sehubungan itu, 2 pertubuhan penduduk Israel mendapat Perintah Mahkamah untuk mengusir keluar 4 keluarga atas tuduhan merampas tanah. Pada tahun 1982, pertubuhan-pertubuhan penduduk Israel memfailkan kes usir keluar ke atas 24 keluarga di Kejiranan Syeikh Jarah. 17 keluarga diwakilkan oleh seorang peguam Israel, bernama Isaac Tosia Cohin.

Peguam Dajal ini telah memperdaya keluarga tersebut dengan menandatangani persetujuan pada tahun 1991 menyatakan hak milik hartanah tersebut diberi kepada pertubuhan Israel, tanpa pengetahuan mereka. Penduduk Palestin hanya diberikan status ‘Penyewa Dilindungi’. Sejak itu mereka sering diugut untuk diusir keluar sekiranya gagal membayar sewa. 

Pada tahun 1994, seorang penduduk bernama Suleiman Darwish Hijazi memfailkan saman di Mahkamah Pusat Israel untuk buktikan hak milik beliau menggunakan geran yang dikeluarkan oleh Empayar Uthmaniyyah. Namun, Mahkamah Israel menolak tuntutan tersebut.

Pada November 2008, keluar Al-Kurd diusir keluar.

Pada Ogos 2009, keluarga Hanoun dan Al-Ghawi diusir keluar.

Bendera Israel dinaikkan di rumah mereka. Setakat ini, 12 keluarga telah menerima Perintah Pengusiran daripada Mahkamah Israel.

Konflik terkini

Terbaru, 4 keluarga memfailkan rayuan ke Mahkamah Agung Israel terhadap keputusan Mahkamah Rendah bahawa 4 keluarga ini perlu diusir keluar. 4 keluarga besar ini terdiri daripada 70 orang individu. 

Tarikh keputusan telah ditetapkan pada 10 Mei 2021, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan tercetusnya pembantaian oleh tentera Israel. Kerajaan Jordan telah membantu dengan memberikan 14 perjanjian yang diratifikasi pada tahun 1956 sebagai bukti hak milik Palestin di Kejiranan Syeikh Jarrah. Namun, keputusannya nanti boleh kita jangka. Binatang tetap binatang.

Kesimpulan kepada kebinatangan ini ialah:

(a) Israel Laknatullah sentiasa menginjak-injak hak orang Islam;

(b) Israel Laknatullah langsung tidak mengendahkan apa-apa prinsip sejagat seperti anti-diskriminasi dan konvensyen-konvensyen berkaitan;

(c) Israel Laknatullah akan gunakan apa sahaja helah dan tipu daya untuk mengusir orang Islam;

(d) Israel Laknatullah adalah binatang biadab yang sengaja mencemar kesucian bulan Ramadan untuk menzalimi umat Islam, dan bersorak gembira.

Benarlah ayat Allah. Janganlah pula kita berbaik sangka. 

خيبر خيبر يا يهود
جيش محمد سوف يعود

YUSFARIZAL YUSSOFF – HARAKAHDAILY 11/5/2021

[1] Video kebiadaban Yahudi menceroboh tanah Syeikh Jarrah – https://youtu.be/KNqozQ8uaV8
[2] Peta ringkas Syeikh Jarrah