Perpaduan Palestin, Ramadan, negara Arab dan umat Islam

- Advertisement -

SABAN tahun, kita menyaksikan bumi barakah, Palestin dibantai dan dirobek. Saban tahun. Isu yang sudah sekian lama dari dahulu kala. Palestin keseorangan, mengharapkan doa dari sahabat-sahabat seagama. Hendak mengharapkan sebangsa, ada yang tidak sekata.

Telah tiba masanya, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Liga Negara-negara Arab agar bersatu sempena dengan Perpaduan Ramadan. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memberikan solidariti penuh kepada sahabat-sahabat di Palestin.

- Advertisement -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga menggesa Liga Negara-negara Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) memainkan peranan penting dalam isu yang telah menjalar sekian lama.

Cukuplah kedua organisasi penting ini berdiam diri dan hanya menukilkan rasa simpati tanpa ada sebarang tindakan konkrit yang boleh membantu menyelesaikan penindasan dan pencerobohan ini.

Oleh itu, kami mengajak semua anak-anak muda Negeri Perak agar dengan baki Ramadan yang masih ada ini supaya mendoakan kesejahteraan dan keamanan sahabat-sahabat kita di Palestin. 

Ayuh kita panjatkan doa di sepertiga malam mendoakan agar Zionis Israel dilaknat oleh Allah S.W.T atas kebiadaban mereka. Ayuh umat Islam kita terus mendoakan sahabat kita di Palestin.

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT 
Ketua 
Dewan Pemuda PAS
Negeri Perak – HARAKAHDAILY 11/5/2021

- Advertisement -