Lihat gambar, adakah MB Kedah rasis?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Kedah di bawah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sentiasa berusaha untuk memastikan semua rakyat dari pelbagai bangsa berada dalam suasana sejahtera.

Kalau diperhatikan gambar-gambar di bawah satu persatu, banyak sumbangan yang sudah diberikan kepada masyarakat bangsa lain di negeri itu.

- Advertisement -
Foto-foto daripada Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA).

“Masih anggap MB Kedah rasis?”

Itu pertanyaan yang dilontarkan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) melalui laman sosial Facebook rasminya.

Bukan setakat itu saja, MB pernah bermain badminton beregu dengan pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia.

“Masih nak kata MB Kedah rasis?” soalnya lagi.

Mengenai isu yang terbaru, DPPNK menyatakan bahawa menteri besar bukan membatalkan Hari Thaipusam, hanya menangguh semua aktiviti berkaitan sambutan itu.

Itu pun kerana hendak menjaga rakyat kerana risau dengan pandemic Covid-19 yang semakin menular.

Baru-baru ini, MB sudah meluluskan satu tapak untuk kuil di taman Ladang Henrietta, Padang Serai.

“Ini kerana pihak kuil patuh kepada peraturan, mohon dengan cara yang betul bukannya serang di media sosial,” tambahnya.

Sementara itu, DPPNK telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, Isnin lepas terhadap pelukis kartun, Zunar kerana didakwa memfitnah Muhammad Sanusi.

Menurut Ketua DPPNK, Nurul Amin Hamid laporan polis itu dibuat kerana menerusi lukisan dimuat naik di Facebooknya, Zunar seolah-olah menggambarkan Muhammad Sanusi sebagai pemecah belah kepada hubungan kaum yang harmoni di negeri itu.

Memetik laporan media, beliau berkata sedangkan perkara sebaliknya berlaku di Kedah di mana kerajaan negeri sama sekali tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum. – HARAKAHDAILY 27/1/2021

- Advertisement -