Angkara Belanjawan, PH runtuh

- Advertisement -

PERISTIWA Belanjawan 2021 lulus peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam terus hangat diulas dan dibahaskan. Setelah berdegar-degar sebelum ini pihak pembangkang menyerang untuk menolak dan menggagalkannya namun rupanya sekadar berdentum di langit sahaja hujan setitik pun tidak turun.

Apa pencapaian dari peristiwa ini? Suka tak suka Kerajaan PN di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin kekal berkuasa didukung parti-parti kawan khasnya MN. Ia telah dengan ini disahkan dan bakal kekal berkuasa sehinggalah PRU ke-15 nanti.

- Advertisement -

Ia juga menandakan pembangkang di Parlimen gagal bersatu. Blok mereka berpecah dan sesama mereka berbalah dan syak wasangka. Buktinya AJK DAP Pusat yang juga EXCO Selangor Teng Chang Khim boleh buat posting di Facebook-nya:

“Kalau kamu tidak berdiri di Parlimen untuk membantah jangan kata di FB kamu membantah. Malu”

Dan hari ini Teng tidak keseorangan. Ramai kalangan pimpinan PH khasnya dari PKR dan PAN bertelagah angkara kegagalan mereka semalam. Retak menunggu belah. Begitulah nampaknya apabila kepentingan dan agenda peribadi mengatasi kepentingan rakyat dan negara.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 27/11/2020

- Advertisement -