Sebenarnya perang politik atau perang siber?

- Advertisement -

PENGAMAL media, cybertrooper, Mujahid Siber dan banyak lagi perlu sedar bahawa Titah KDYMM Seri Paduka Baginda adalah untuk seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka.

Pengamal media sama ada cap ayam atau apa jua cap, perlu hentikan budaya kotor menjadi batu api melaga-lagakan orang lain. Tidak sensitif terhadap isu COVID-19.

Media sengal sentiasa memainkan peranan meng’hodoh’kan pentas politik. Di belakang mereka adalah ‘anonymous’.Boleh jadi ‘planted agent’ atau sebagainya. Berpotensi untuk menggugat kestabilan negara.

- Advertisement -

Boleh lihat huru-hara yang terjadi di Hongkong tahun lepas, Sudan 2018 atau 2019, boleh baca tulisan saya sebelum ini mengenai ‘people swarming’ atau ‘warna revolusi’.

Antara tulisan tulisan lama saya:

(1) Cyberwar Yang Mewarnakan Revolusi Dan People Swarm.

https://harakahdaily.net/index.php/2019/11/06/cyber-war-mewarna-revolusi-dan-people-swarm/

(2) Revolusi Yang Diwarnakan Dan Ditemplatekan.

https://harakahdaily.net/index.php/2019/11/05/revolusi-yang-diwarnakan-dan-ditemplatekan/

(3) Siapa di sebalik natizen?

https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/04/cyberwar-siapa-disebalik-istilah-netizen/

Pengamal media-media rasmi pula perlu berperanan seiringan dengan Titah Baginda, demi menjaga kestabilan negara. Mungkin perlu disegarkan semula RUU Akta Anti Berita Tidak Benar, Kempen Anti Media Palsu, atau apa jua mekanisma yang sesuai. WaLlahua’lam.

‘Perang politik’ mungkin sudah dihentikan, tetapi ‘perang siber’ dilihat masih beroperasi. Hakikatnya perang ini juga perlu dihentikan. 

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 27/10/2020

- Advertisement -