Terus ‘perform’ dengan tugas, abaikan Bani DAP

- Advertisement -

RAMAI kaum PH duduk perli hari ini pasal Istana tak setuju darurat dilaksanakan. Kononnya keputusan itu menandakan Istana tidak merestui Kerajaan PN. Kesian mereka. 

Tanpa mereka sedar bahawa saranan YDPA supaya semua pihak elakkan politiking dan tumpukan perhatian kepada usaha kerajaan menangani COVID-19 adalah arahan kepada semua pihak termasuk kabilah pembangkang.

Jadi jangan nak sibuk-sibuk Usul Tak Percaya la, atau nak suruh Perdana Menteri (PM) letak jawatan la atau nak beritahu ada numbers baru la. Jadi semua pihak tutup mulut sementara kerajaan nak pulihkan COVID ini.

- Advertisement -

Insya-Allah selesai PKPB ini kita PRU la, dah nak mandat rakyat sangat. Saya yakin rakyat akan kecilkan jumlah kerusi Bani DAP dan sekutunya.

Tahiah kepada saff kepimpinan MN dan PN yang tenang dan perform dengan tugas masing-masing. Biarkan Bani DAP terus meroyan dan berguling.

USTAZ MOKHTAR SENIK 
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 27/10/2020

- Advertisement -