Semua pihak perlu junjung titah Agong

Pesuruhjaya PAS Perlis

KANGAR: Semua pihak terutamanya pemimpin politik hendaklah menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan suasana lebih harmonis ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, harapan tinggi istana supaya semua pihak tidak mengeruhkan suasana memandangkan wabak semakin menular sekarang.

“Bilangan kes Covid-19 semakin meningkat sekarang sehingga melonjak kepada empat angka,” katanya di sini.

Advertisement

Ahad lepas, Yang di-Pertuan Agong menasihatkan ahli-ahli parlimen supaya tidak meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan.

Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang berkata, Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara ini. – HARAKAHDAILY 27/10/2020