Pemuda PAS cabar LGE buat keterangan di SPRM

- Advertisement -

SAYA merujuk kepada berita yang dipaparkan dalam portal berita Free Malaysia Today bertajuk “Ramkarpal comes to defence of Tommy Thomas”.

- Advertisement -

Dalam berita tersebut, Ramkarpal Singh mempertahankan tindakan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang mengarahkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membatalkan pembekuan akaun seorang taikun hartanah.

Ramkarpal juga mendakwa Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah membuat tuduhan terhadap Tommy Thomas dan Lim Guan Eng dengan menyatakannya aduan tersebut tidak berasas.

Saya ingin menegaskan bahawa tindakan pihak kami membuat laporan kepada SPRM mengenai perkara tersebut adalah tindakan yang berasas.

Hal ini kerana isu ini melibatkan individu berprofil tinggi dan diketahui mempunyai hubungan dengan mantan kepimpinan negara yang terlibat dalam urus tadbir kewangan negara.

Isu ini juga telah mengulangi beberapa kes seumpama dan melibatkan individu yang sama. Individu terbabit juga diketahui umum berkecenderungan ke arah kumpulan pemerintah pada masa itu.

Saya menegaskan adalah tidak memadai dengan hanya memberikan keterangan dan penafian di media semata-mata, sebaliknya beliau yang juga mempunyai latar belakang dalam bidang perundangan mesti membawa hujah-hujah pembelaannya di medan yang lebih sesuai iaitu di mahkamah.

Kes besar ini sepatutnya dibawa ke mahkamah dan mereka tidak perlu berasa takut sekiranya mereka merasakan tidak ada kesalahan dalam tindakan yang mengundang kontroversi tersebut. Saya mencabar beliau dan pimpinan DAP yang terlibat untuk tampil memberikan keterangan secara terperinci di SPRM.

Sekian, terima kasih.

USTAZ HANIF HARON
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 11/6/2020

- Advertisement -