Penyertaan mantan S/U PKR dan PAN disambut baik

- Advertisement -

KLUANG: PAS Kawasan Kluang menerima permohonan daripada dua orang mantan Setiausaha daripada PAN dan PKR pada 26 Mac serta 2 Mei.

- Advertisement -

Abdul Halim Sailan, mantan Setiausaha PAN Kawasan Kluang manakala pada 2 Mei 2020 pula Fauzi Toed mantan Setiausaha PKR Cabang Kluang telah menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.

Kedua-dua borang diserahkan kepada Yang Di-Pertua PAS kawasan Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Penyertaan kedua-dua mantan Setiausaha ini disambut baik oleh Khairul Faizi yang menyifatkan bahawa ia adalah petanda baik untuk masa hadapan PAS.

“Setiausaha adalah orang penting dalam organisasi, mereka adalah ‘enjin’ kepada perancangan dan pentadbiran parti. Kehadiran mereka diharap dapat membantu gerakerja PAS khususnya di Kluang” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Khairul Faizi memaklumkan juga bahawa beliau telah menerima puluhan borang permohonan menyertai PAS daripada ahli komponen PH khususnya daripada PAN. 

Kesemua permohonan ini akan di bawa ke dalam mesyuarat PAS Kawasan Kluang sebelum diserahkan kepada PAS Negeri Johor untuk proses selanjutnya. – HARAKAHDAILY 2/5/2020

- Advertisement -