Bantuan mampu ringankan beban keluarga Kunak

Tawaran Bantuan Prihatin

Kasman Karate menyantuni pengunjung Uptown Pekan Kunak, malam tadi.
- Advertisement -

LAHAD DATU: Bantuan Prihatin Rakyat Sabah (BPRS) sebanyak RM4,800 yang ditawarkan PERIKATAN NASIONAL (PN) melalui manifesto Kasi Bagus Sabah sangat diperlukan untuk keluarga B40 di Kunak.

- Advertisement -

“Saya tahu realiti hidup ramai keluarga di Kunak hari ini,” ujar calon PN bagi DUN Kunak pada Pilihan Raya Negeri kali ini, Kasman Karate.

Menurutnya, hampir setiap rumah berdepan kos barang naik, tambang kenderaan tinggi, dan banyak ibu ayah terpaksa berjimat dalam makanan harian.

Di Kunak, ujarnya ramai mereka berpendapatan sebagai pekebun kecil, nelayan, pekerja ladang, pekerja kedai dan peniaga kecil.

Tambahnya, gaji tersebut tidak sepadan dengan kos sara hidup yang makin menekan.

Katanya, ramai ibu bapa yang terpaksa potong perbelanjaan dapur, tunda bayaran bil, mengurangkan belanja anak sekolah dan sesetengahnya terpaksa mengambil hutang kecil untuk bertahan.

“Inilah permasalahan sebenar yang saya lihat sepanjang turun padang. Sebab itu PERIKATAN NASIONAL menawarkan RM4,800 Bantuan Prihatin Rakyat Sabah.

“Bantuan tunai ini sangat diperlukan untuk keluarga B40 di Kunak bagi menampung kos makanan, keperluan harian dan belanja anak-anak,” ujarnya lagi.

Menurutnya, sebagai calon, beliau mahu memastikan bantuan seperti ini benar-benar sampai dan memberi kesan terus kepada isi rumah Kunak.

Kasman berkata, rakyat tidak meminta kemewahan tetapi hanya mahukan hidup yang stabil, terurus dan terjaga.

“Jika diberikan amanah, saya akan terus bawa suara Kunak dan memastikan tawaran PERIKATAN NASIONAL ini benar-benar menjadi kenyataan untuk kita semua,” katanya lagi.

Beliau turut menyentuh bantuan RM500 kelahiran anak dan RM1,200 setahun untuk ibu tunggal.

Katanya, di Kunak, ramai ibu bekerja sendiri dan ibu tunggal yang terpaksa memikul dua peranan mencari rezeki dan membesarkan anak dalam masa yang sama.

Tambahnya lagi, beliau sendiri sering bertemu mereka ketika turun padang, ada yang menjaga anak kecil sambil berniaga yang bergantung pada pendapatan harian yang tidak menentu.

“Sebab itu tawaran PERIKATAN NASIONAL ini sangat relevan untuk kita di Kunak,” katanya lagi.

Kasman berkata, RM500 untuk setiap kelahiran anak boleh membantu membeli keperluan bayi, susu, lampin, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain sementara RM1,200 setahun untuk ibu tunggal memberi sedikit ruang bernafas untuk perbelanjaan bulanan, terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat.

“Jika diberi amanah, saya mahu pastikan bantuan seperti ini benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan, kerana setiap anak yang lahir wajib dibesarkan dalam keadaan selamat, terjaga dan cukup keperluannya.

“Dan setiap ibu khususnya ibu tunggal layak dibantu, bukan dibiarkan berjuang sendirian,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 26/11/2025

- Advertisement -