
TAWAU: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi DUN Balung , Dr. Munzier Mahamud, tampil menggariskan enam tawaran utama pembangunan yang dirumus melalui akronim BALUNG sebagai petunjuk masa depan kawasan itu sekiranya diberi mandat pada 29 November ini.
Beliau berkata tawaran tersebut lahir daripada persoalan rakyat yang ingin mengetahui hala tuju kepimpinan baharu bagi DUN Balung.
“Kita akan perjuangkan, kita akan usahakan apa yang saya sebut jika diberi mandat,” kata beliau dalam ucapan sempena Pelancaran Tawaran BALUNG. di Kampung Tass Andrassy, malam tadi. Turut berucap ialah ADUN Sungai Dua, Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dan ADUN Penaga, Ustaz Yusni Mat Piah.
Sebelum itu beliau menjelaskan, 60 hari selepas diberi mandat, akan diwujudkan pusat khidmat rakyat yang dekat dengan Balung untuk mudah dihubungi.
“Kami namakan BALUNG merangkumi beberapa segmen yang melibatkan masyarakat utama, ekonomi, pendidikan dan kemudahan rakyat. Dari BALUNG untuk Balung,” ujar beliau.
Dr. Munzier menjelaskan, BALUNG bagi akronim tawaran itu sebagaimana di bawah.
B – Bantuan dan Khidmat Nasihat Keusahawanan. Beliau akan perjuangkan naik taraf infra seprti jalan raya, elektrik, sekolah dan kemudahan rakyat.
A – Anak muda Diangkat melalui program pembangunan belia, NGO komuniti, menganjurkan liga sukan bola sepak dan bola jaring, mewujudkan mentor akademik dan kerjaya.
L – Lawan Rasuah dan Korupsi. Menyediakan laporan 100 hari ADUN, Laporan Prestasi Dwitahunan dan menganjurkan sesi dialog rakyat yang memberi peluang rakyat bersuara dengan cadangan atau kritikan.
U – Usaha Pembangunan Ekonomi dengan memperjuangkan keperluan tanah pertanian bahar, programusahawan agro bumiputera bagi pertanian dan akuakultur.
N – Nadi Komuniti Diperkukuh melalui program kesihatan yang rakyat dan akses rawatan pakar, program pendidikan kesihatan dan kesejahteraan komuniti yang dekat bidang dalam bidang perubatan. Beliau juga akan perjuangkan keperluan dan bantuan pengangkutan khas sekolah san golongan kurang upaya.
G – Giat dan Geng Rakyat, beliau akan mengusahakan bantuan murid dan kemudahan sekolah agama rakyat selain menwujudkan Pusat Khidmat Bergerak dan Aduan Rakyat Digital. Mewujudkan Tabung Kebajikan Rakyat Balung dengan 20 peratus daripada elaun beliau sebagai ADUN dimasukkan dalam tabung tersebut.
“Jom bersama kami realisasikan agenda ini demi masa depan Balung yang lebih baik.
“Sekiranya PERIKATAN NASIONAL diberikan peluang untuk mentadbir negeri Sabah khususnya Balung, Tawaran BALUNG ini akan dilaksanakan demi kepentingan penduduk Balung yang saya kasihi,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 25/11/2025




















