PN tawar calon bersih, berwibawa pada PRN17 Sabah

- Advertisement -

KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) menawarkan calon berwibawa serta berintegriti bagi memastikan rakyat Sabah mendapat pembelaan yang telus dan amanah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) ini.

Ahli Dewan Negara Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, rakyat perlu memilih calon yang terbukti mempunyai rekod khidmat cemerlang dan dekat dengan komuniti agar masalah rakyat dapat diurus dengan baik.

- Advertisement -

Katanya, Calon DUN Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan Khan, mempunyai pengalaman luas sebagai mantan ADUN lantikan dan sudah memahami pentadbiran kerajaan.

Manakala calon DUN Petagas, Dr Mohd Afifi Shaiffuddin pula katanya, seorang doktor perubatan yang menguruskan beberapa klinik serta aktif dengan program kesihatan dan kebajikan sejak sekian lama.

Menurutnya, kedua-dua calon tersebut telah menunjukkan komitmen tinggi kepada masyarakat sehingga kerja kebajikan sudah sebati dalam kehidupan mereka.

“Kalau mereka menang, mereka boleh menjaga rakyat dengan baik dan itulah kelebihan calon kita” katanya ketika ditemui oleh Harakahdaily semalam.

Jelasnya, PN konsisten membawa mesej kepimpinan bersih, amanah dan bebas rasuah kepada rakyat Sabah.

“Kita mahu rakyat tahu bahawa jika PN diberi mandat memerintah Sabah, kita akan mentadbir seperti Kelantan iaitu tanpa rasuah” katanya.

Beliau berkata mood rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL ketika ini sangat positif kerana mereka mahu kerajaan yang benar benar menjaga kepentingan rakyat.

“Sabah ini negeri yang kaya, tetapi rakyatnya ramai masih miskin sebab pengurusan yang tidak telus menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kepimpinan beramanah mampu memperbetul keadaan dan mengembalikan kekayaan negeri kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 18/11/2025

- Advertisement -