DAP bawa agenda bercanggah negara, wajar diharamkan 

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria menegaskan bahawa perjuangan dan agenda DAP dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia serta wajar diharamkan oleh pihak berkuasa.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah NGO PAS Pusat berkata, DAP secara konsisten mengekalkan agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang bertentangan dengan semangat dan roh kemerdekaan negara.

“Saya bersama sahabat-sahabat rangkaian NGO, hadir di pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menyampaikan satu hasrat kepada ROS supaya memperjelaskan kepada masyarakat bahawa agenda DAP sejak penubuhan hingga kini tidak pernah gugur.

- Advertisement -

“Mereka masih membawa agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Maka satu-satu gerakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia sepatutnya diharamkan,” ujarnya baru-baru ini.

Menurut beliau, perjuangan DAP yang memperjuangkan konsep penyamarataan rakyat tanpa mengambil kira asas sejarah dan kedudukan kaum Bumiputera sebagai penduduk asal adalah berbahaya kepada keharmonian negara.

“DAP sekarang perjuangan dia secara konsisten iaitu untuk menyamaratakan rakyat dalam Malaysia ini. Walaupun pada asalnya kelihatan baik tapi penerimaan kemerdekaan itu adalah berasaskan kepada bumiputera ataupun orang Melayu kita sebagai tuan tanah yang diletakkan dalam perlembagaan.

“(Ia) dengan dengan klausa-klausa yang tertentu. Dan kita bergerak dalam keamanan ini bergerak di atas klausa itu. Tapi kalau gerakan (DAP) ini untuk merungkaikan Perlembagaan Malaysia menjadi dua risiko. 

“Yang pertama kita kena minta supaya DAP ini diharamkan kerana gerakan mereka dan visi mereka adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

“Dan yang keduanya, ini akan menimbulkan satu ketidaktenteraman dalam negara kita. Sebab kemungkinan nak boleh nampak kita kata kita boleh membendung, menerima kepada kepelbagaian,” jelasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa DAP masih berpegang kepada Deklarasi Setapak yang menurutnya menggambarkan agenda sebenar parti itu yang tidak pernah luntur meskipun ditekan pelbagai pihak.

“Semua orang tahu DAP dia agenda tersendiri. Dan hari ini terserlah apa yang dibawa oleh NGO agenda mereka itu Deklarasi Setapak itu tak pernah dilunturkan walaupun ditekankan beberapa kali dia tak pernah keluar daripada agenda Setapak ‘Malaysian Malaysia’ tu. 

“So ‘Malaysian Malaysia’ pada hakikatnya adalah bertentangan dengan roh kepada Perlembagaan yang bahawa kita menerima kemerdekaan kita hari tu. Bukan kita nak meminggirkan bangsa-bangsa lain tapi kita telah meletakkan bahawa satu menjaga kepada peribumi asal kan.

“Kalau pemimpin-pemimpin kita pada tahun 1940 boleh memahami agenda ini tak mahu menerima Malayan Union dan terpaksa meletakkan agenda-agenda untuk  menjaga kaum Bumiputera ini, dan agenda mereka berterusan sehingga sekarang.

“Jadi kalau kita sekarang ni nampak mereka telah berada di depan, berada di depan dalam mencapai agenda yang mereka (impikan)… Jadi kita pada pandangan saya DAP ni membawa satu agenda yang cukup bahaya,” tegasnya.

Justeru, beliau menggesa ROS supaya meneliti semula pendaftaran dan Perlembagaan DAP yang dilihat bertentangan dengan semangat serta struktur Perlembagaan Malaysia. — HARAKAHDAILY 18/11/2025

- Advertisement -