Ekonomi rakyat tunjang masyarakat setempat – Dr Aliakbar

- Advertisement -

SEPANGGAR: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, ekonomi rakyat yang sebenar lahir daripada tangan-tangan peniaga yang jujur, rajin dan penuh keikhlasan, menjadi tunjang kekuatan masyarakat setempat.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau melahirkan kekaguman terhadap semangat dan kecekalan para peniaga kecil di Pasar Telipok yang gigih mencari rezeki setiap hari.

“Di Pasar Telipok, saya nampak orang kita bukan sekadar berniaga, tetapi turut menyebarkan kemesraan, semangat dan harapan dalam setiap urusan mereka,” katanya menerusi laman Facebook beliau sejurus meninjau sekitar Pekan Telipok, di sini, semalam. (Foto atas)

Beliau yang juga merupakan bekas Pensyarah Universiti Malaysia Sabah menyatakan masyarakat tempatan mempunyai jiwa niaga yang tinggi serta semangat kekitaan yang perlu terus disokong oleh kerajaan negeri.

Pada Selasa lalu, Dr Aliakbar telah diumumkan sebagai calon PN di DUN N.16 Karambunai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok hari penamaan calon PRN Sabah ke-17 sementara 29 November tarikh pengundian manakala pengundian awal 25 November. – HARAKAHDAILY 14/11/2025

- Advertisement -