Budu, nasi kerabu dan kuih akok bakal harta intelek negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan mahu mendaftarkan makanan termasuk kuih tradisional seperti budu, nasi kerabu dan kuih akok dijadikan sebagai harta intelek milik negeri terbabit.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Kamarudin Md Nor berkata, pertemuan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) diadakan.

“Mesyuarat ini membincangkan langkah strategik bagi melindungi warisan makanan tradisional Kelantan, nasi kerabu, budu dan akok dilindungi melalui hak harta intelek (IP).

“Sekali gus memelihara keaslian resipi tradisional langkah ini bukan sahaja mengukuhkan identiti budaya Kelantan, tetapi memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan negeri,” katanya.

Pada majlis hari ini beliau berkata berbicara mengenai program IP Gastronomi disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal MyIPO, Yusnieza Syarmilla Yusoff.

Gastronomi merupakan satu kajian mengenai hubungan antara budaya dan makanan, malah istilah itu merupakan salah satu elemen dalam seni masakan ataupun memasak dalam masyarakat.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah mencadangkan kepada MyIPO untuk ketiga-tiga makanan itu dipatenkan di samping elemen dalam kesenian dan kebudayaan yang lain.

Selain makanan kerajaan negeri turut mencadangkan wau bulan, wau puyuh, seni silat jawi, batik Kelantan serta beberapa jenis alat muzik tradisional diberikan hak intelek negeri itu. – HARAKAHDAILY 22/1/2025

- Advertisement -