Pertimbang beri penangguhan sewa, hutang usahawan

Terjejas banjir

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan mempertimbangkan penangguhan sewa atau hutang kepada usahawan yang terkesan dengan banjir. 

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ariffin Deraman berkata, bantuan tersebut akan diberikan setelah menerima laporan rasmi daripada pihak terlibat. 

“Kita akan pertimbangkan jika ada laporan rasmi. Insya-Allah, berdasarkan laporan kes demi kes,” katanya pada sidang media di Pasar Raya Mecarto, Mayang Mall, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Ariffin, kerajaan negeri tidak menyediakan moratorium khusus untuk peminjam di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) atau MySTEP. 

Beliau berkata, bantuan banjir yang disediakan setakat ini adalah berdasarkan peruntukan kerajaan.

“Jadi kita serah kepada kerajaan dari segi bantuan sepertimana yang telah diisytiharkan oleh timbalan perdana menteri akan bagi sebanyak RM1,000 untuk sekeluarga (yang terjejas banjir),” katanya.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat mangsa terlibat dengan banjir tahun ini lebih terkawal. 

“Tahun ini alhamdulillah banjir walaupun agak ramai tapi stabil, air agak bersih, bila kami pihak NGO ataupun kerajaan ada unit tempur untuk pergi tolong bersih.

“Kebanyakannya mereka telah bersih sendiri kerana air tidak tidak kotor ataupun tidak teruk,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/12/2024

- Advertisement -