
KUALA LUMPUR: “Saya akan berada di kawasan Hulu Selangor pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja ketika berlangsungnya Parlimen.”
Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasnizan Harun berkata, hari ini adalah bermulanya Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
“Persidangan Parlimen pada kali ini bermula pada tarikh 14 Oktober 2024 sehingga 12 Disember 2024.
“Justeru, saya hanya akan berada di kawasan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja sepanjang persidangan ini.
“Maka, saya ingin memaklumkan perkara khusus kepada seluruh warga penduduk kawasan Hulu Selangor,” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebooknya.
Beliau menyatakan bahawa mana-mana penduduk yang ingin meminta bantuan masih boleh hadir ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Tambah beliau, ini kerana setiap staff Pusat Khidmat Ali Parlimen Hulu Selangor akan bersedia untuk membantu para penduduk sekiranya memerlukan sebarang bantuan.
“Apa pun staff Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor sentiasa bersedia untuk membantu penduduk semua mengikut kepada kemampuan kami,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/10/2024




















