
DI antara kewajipan-kewajipan syarak yang bersifat fardhu ain (individu) atau fardhu kifayah (kolektif) ialah kewajipan memberikan penyaksian (keterangan).
Firman Allah SWT:
وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ [الطلاق: 2]
“Dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata..” (Surah al-Talaq: Ayat 2)
Dan Syariat melarang dan mengharamkan penyembunyian syahadah (kesaksian) dan tuntutan syahadah kepadanya apabila ia diperlukan. Firman Allah SWT:
وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَۚ وَمَن يَكۡتُمۡهَا فَإِنَّهُۥٓ ءَاثِمٞ قَلۡبُهُۥۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٞ [البقرة: 283]
“Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah; Ayat 283)
Firman Allah lagi:
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَٰدَةً عِندَهُۥ مِنَ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ [البقرة: 140]
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: Ayat 140)
Dan apabila seseorang telah ditetapkan sebagai saksi atas sesuatu perkara yang diketahuinya (berilmu dengannya), maka wajib baginya untuk memberikan keterangan dengan jujur dan sebenar-benarnya, walaupun keterangan itu menentang dirinya sendiri, atau keluarganya, atau sahabatnya, atau orang yang dikasihinya, bahkan jika keterangan itu memihak kepada lawan atau musuhnya.
Firman Allah:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ [النساء: 135]
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu…” (Surah an-Nisa: Ayat 135)
Dan kesaksian itu, sebagaimana ia dituntut dan diwajibkan dalam urusan-urusan peribadi dan duniawi, ianya juga diwajibkan – bahkan dengan lebih tegas – dalam urusan (kepentingan) awam dan isu-isu antarabangsa (global).
Begitu juga menyembunyikan kesaksian adalah suatu perbuatan yang dilarang sepertimana firman-Nya:
ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ [البقرة: 146]
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)” (Surah al-Baqarah: Ayat 146)
Kesaksian yang aku mahu tunaikan sekarang, dan aku menyeru kepada pelaksanaan tuntutannya, untuk membuktikan kebenaran dan ditegakkan keadilan, serta dihapuskan kebatilan dan kekufuran, Kesaksian itu adalah umat Islam Syiah telah mendukung dan membantu saudara – saudara mujahidin mereka di bumi Palestin, dan mereka telah berjuang dengan gigih serta menghantar bantuan terbaik kepada Palestin, dan mereka mengorbankan nyawa, wang, senjata, dan telah membuat pengorbanan yang besar. Sedangkan umat Islam Sunni tidak memberikan sumbangan sedemikian.
Kesaksian ini semestinya dilaksanakan dan diumumkan, untuk menafikan berita yang bohong dan palsu secara zalim dan tidak adil mengenai sokongan Syiah terhadap perjuangan Palestin dan jihad rakyat Palestin.
Aku tahu dan pasti bahawa kesaksian ini akan menimbulkan kemarahan bagi mereka yang meragui dan menafikan (kebenaran), dan mereka akan mengulangi dongeng mereka yang diketahui kepada kita.
Tetapi aku berkata kepada mereka: Aku berpegang teguh kepada fakta – fakta yang diyakini dan maklumat yang dipercayai, dan aku tidak peduli dengan kata-kata dan sangkaan jahat yang tidak berasas. Dan aku berkata sepertimana Rasulullah SAW. bersabda: “Ya Allah, jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli…”
SYEIKH DR. AHMAD RAISUNI
Mantan Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia. – HARAKAHDAILY 30/9/2024
——————————————————-
Teks asal dalam Bahasa Arab:
من الواجبات الشرعية، التي قد تكون عينية، وقد تكون كفائية: واجب أداء الشهادة. قال الله تعالى
وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ [الطلاق: 2]
ومن المحرمات الشرعية: كتمان الشهادة، مع قيام الحاجة إليها. قال الله عز وجل: وَلَا تَكۡتُمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَۚ وَمَن يَكۡتُمۡهَا فَإِنَّهُۥٓ ءَاثِمٞ قَلۡبُهُۥۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٞ [البقرة: 283]
وقال: …وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَٰدَةً عِندَهُۥ مِنَ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ [البقرة: 140]
والشهادة متى تعينت على من له علم بها، وجب عليه أداؤها بتمام الصدق والحق، حتى ولو كانت شهادته ضد نفسه أو قريبه
أو صديقه أو محبوبه، أو كانت لصالح خصمه أو عدوه
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ بِٱلۡقِسۡطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ أَوِ ٱلۡوَٰلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَۚ … [النساء: 135]
والشهادة كما تُطلب وتجب في الأمور والحقوق الخاصة والدنيوية، تجب كذلك – وبدرجة أشد – في الأمور العامة والقضايا العلمية. وكذلك كتمان الشهادة
ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٤٦ [البقرة: 146]
والشهادة التي أريدُ الآن أداءها، وأدعو إلى أدائها، إثباتا للحق وإقامة للقسط، وإزهاقا للباطل والجحود، هي أن المسلمين الشيعة قد أيدوا ونصروا إخوانهم المجاهدين في أرض فلسطين، وأبلَوْا في نصرتهم بلاء حسنا، وبذلوا في ذلك أرواحا وأموالا وأسلحة، وتضحياتٍ جساما، لم يقدم أهل السنة شيئا منها
وهذه الشهادة إنما وجب أداؤها وإعلانها، لمواجهة الحملات الجاحدة والمشككة الظالمة، في شأن نصرة الشيعة للقضية الفلسطينية ولجهاد الشعب الفلسطيني
وأنا أعلم يقينا أن شهادتي هذه ستُغضب هؤلاء المشككين الجاحدين، وسيكررون علينا أساطيرهم المعلومة
ولكني أقول لهم: أنا أُعول على الوقائع والأخبار المستفيضة المتواترة، ولا أبالي بالأقوال والظنون الخيالية المتهاترة. وأقول كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
اللَّهُمَّ إِنْ لَمْ يَكُنْ بِكَ عَلِيَّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي




















