Pemain KDN FC mandi peluh kacau bubur asyura

- Advertisement -

KOTA BHARU: Skuad Sang Kijang Emas, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) turut bermandi peluh mengacau bubur pada program anjuran Konsortium E Mutiara.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail berkata, sebanyak 1,200 pek daripada lapan kawah bubur asyura diagih kepada pemain KDN FC, kakitangan E Mutiara serta penduduk Kampung Panchor dan Kampung Sabak.

- Advertisement -

“Program kacau bubur asyura bermula jam 8 pagi dan siap 5.30 petang. Alhamdulillah semoga program ini dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain,” katanya pada program berkenaan semalam.

Turut hadir Penolong Ketua Jurulatih KDN FC, Rezal Zamberi Yahya dan pengurusan kelab bola sepak terbabit.

Bubur asyura dibuat daripada pelbagai campuran ramuan termasuk beras, jagung, daging, ubi keledek, kacang hijau, bawang, santan, halia dan pelbagai lagi.

Pelbagai pihak di Kelantan menganjurkan program tersebut termasuk masjid, surau, taman perumahan, NGO dan pejabat wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 19/7/2024

- Advertisement -