
BAITULMAQDIS: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) akan memulakan kerahan tentera bagi calon daripada komuniti ultra-Ortodoks Israel pada minggu depan.
Isu ini amat sensitif di tengah-tengah peperangan menentang pejuang Hamas di Semenanjung Gaza dan pertempuran yang berkaitan di bahagian lain di bumi Palestin yang telah menyebabkan korban terburuk dikaitkan dengan genosid tidak berperikemanusiaan Zionis Israel dalam beberapa dekad ini.
Rakyat Israel terikat oleh undang-undang untuk berkhidmat dalam tentera dari umur 18 tahun selama 24 hingga 32 bulan, yang mana 21 peratus golongan minoriti Arab-Israel dan pelajar seminari Yahudi ultra-Ortodoks sebahagian besarnya dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera selama beberapa dekad, lapor Asharq Al-Awsat.
Namun, pada Jun tahun ini, Mahkamah Agung Israel memutuskan bahawa kementerian pertahanan perlu menamatkan pengecualian lama itu untuk pelajar seminari ultra-Ortodoks, mewujudkan ketegangan politik baharu bagi Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Kenyataan IDF pada Selasa (16 Julai) itu berkata mulai Ahad (21 Julai) ini, ‘proses mengeluarkan perintah kerahan awal untuk panggilan pertama akan dimulakan’, menjelang kitaran pengambilan pada bulan Julai ini.
Sehubungan itu, pertempuran kecil meletus pada Selasa antara penunjuk perasaan ultra-Ortodoks Yahudi dan polis Zionis Israel ketika berpuluh-puluh mereka yang turun ke jalanan membuat tunjuk perasaan itu menghalang lebuh raya utama Israel tetapi ia segera bersurai.
Gabungan Netanyahu termasuk dua parti ultra-Ortodoks yang menganggap pengecualian itu sebagai kunci untuk mengekalkan untuk mengekalkan pengundi mereka di seminari agama, jauh daripada rejim tentera yang mungkin menguji nilai konservatif mereka.
Isu berkenaan telah mencetuskan bantahan oleh Yahudi ultra-Ortodoks, yang membentuk 13% daripada 10 juta penduduk Israel – angka yang dijangka mencecah 19% menjelang tahu8n 2035.
Keengganan golongan tersebut untuk berkhidmat dalam peperangan terutama terhadap Palestrin yang umumnya mereka sokong kini dilihat sebagai adalah perpecahan yang memuncak dalam masyarakat negara haram Israel itu. -Agensi/– HARAKAHDAILY 17/7/2024




















