
OXFORD: Pembunuh kucing yang sadis kini sedang berdepan dengan hukuman penjara sabit kesalahan membunuh orang yang tidak dikenali sebagai sebahagian daripada fantasi seksualnya yang menyesatkan.
Scarlet Blake, 26, menyasarkan seorang pemuda, Jorge Martin Carreno, 30, ketika dia berjalan pulang seorang diri untuk keluar malam di Oxford, London pada Julai 2021.
Blake kemudian membawa Carreno ke sebuah tebing sungai yang terpencil sebelum memukul kepalanya dengan botol vodka, mencekik dan menolak pemuda itu ke dalam sungai sehingga lemas, lapor Daily Mail.
Pendakwaraya berkata, Blake yang merupakan seorang wanita transgender mempunyai masalah dengan ‘keinginan seksual’ yang dikaitkan dengan kepuasan dalam melakukan pembunuhan.
Pembunuhan Carreno berlaku empat bulan selepas Blake merakamkan dirinya mencederakan dan membedah seekor kucing jirannya sebelum memasukkan bangkai haiwan itu ke dalam pengisar sebagai hadiah Hari Valentine kepada bekas teman wanitanya, Ashlynnn Bell yang menetap di Amerika Syarikat.
Blake yang mendapat ilham daripada program TV Netflix, Don’t F*** with Cats, siri tentang pembunuh haiwan peliharaan, dalam rakaman video penstriman secara langsung itu menunjukkan dia tersengih dan ‘mengeong’ seperti kucing ketika dia menyeksa haiwan itu.
Dia kekal bebas selama lebih dua tahun selepas kematian Carreno dan kes itu didedahkan hanya apabila bekas pasangannya yang kini, memberitahu polis bahawa Blake telah mengaku melakukan pembunuhan itu selepas mereka berdua bergaduh.
Barisan juri yang terdiri daripada lima wanita dan tujuh lelaki, semalam (23 Feb) mencapai keputusan bahawa Blake bersalah atas tuduhan membunuh selepas berbincang selama enam jam, susulan perbicaraan selama lapan hari. Blake akan dijatuhkan hukuman pada Isnin (26 Feb).
Berikutan perbicaraan di Mahkamah Oxford Crown itu, keluarga Carreno berkata kematiannya telah meninggalkan ‘kesedihan yang amat sangat’.
Sementara detektif yang menyiasat kes tersebutr berkata Blake telah disabitkan dengan jenayah yang ‘kejam dan menyeramkan’, sambil menambah: “Tidak ada permulaan untuk memahami tindakannya tidak masuk akal ini.”
Terdahulu, dua tahun selepas mayatnya ditarik dari sungai terpencil yang popular dengan mandi musim panas, siasatan kematian Carreno tidak mencapai sebarang kemajuan sehingga polis menerima panggilan telefon secara tiba-tiba daripada Bell yang membawa mereka kepada Blake.
Sebelum ini, walaupun siasatan Polis Thames Valley secara rasmi masih dibuka, koroner telah membuat kesimpulan bahawa Carreno mungkin mati lemas dalam sungai tersebut akibat mabuk.
Ketika dalam penyiasatan, pihak polis merayu seorang individu yang berkot ala tentera yang dilihat berkeliaran di jalanan Oxford bersama-sama mangsa yang merupakan jurutera berasal dari Sepanyol pada malam kematiannya, namun ia tidak membuahkan hasil.
Hanya selepas apabila detektif menerima panggilan daripada Bell yang mendakwa mengetahui apa yang berlaku, barulah kes itu dapat diselesaikan.
Blake dikatakan sangat yakin dia telah melakukan ‘pembunuhan sempurna’ sehingga dia telah berlagak dengan Bell yang ketika itu masih merupakan teman wanitanya, tetapi perbalahan antara mereka menyebabkan Bell terpanggil untuk mendedahkan pembunuhan yang dilakukan Blake ke atas Carreno. – HARAKAHDAILY 23/2/2024




















