‘Jangan abaikan peranan Dewan Negara’

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Jangan abaikan peranan Dewan Negara juga dalam melakukan sebarang urusan pindaan dalam perlembagaan negara ini.”

Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dalam parlimen negara ini bukan sahaja mempunyai Dewan Rakyat tetapi juga Dewan Negara. 

- Advertisement -

Menurut beliau, akan terdapat banyak pindaan yang dilakukan yang bakal dibentangkan dalam parlimen termasuk mengenai keperluan anak yang dilahirkan di luar negara  oleh ibu yang merupakan warganegara Malaysia.

“Jadi Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan dalam mana-mana pindaan yang dilakukan perlembangaan jangan hanya sekadar memberi penjelasan secara menyeluruh kepada Dewan Rakyat sahaja,” katanya sebelum membenarkan Sesi Soal Jawab Lisan seterusnya di Dewan Negara, di sini, hari ini. 

Tambahnya, Dewan Negara juga memainkan peranan yang amat penting dalam parlimen negara ini yang seharusnya perlu diberikan perhatian mengenai perkara sebegitu. 

Beliau menegaskan setiap Ahli Dewan Negara juga perlu diberikan penjelasan mengenai sebarang  pindaan yang ingin dilaksanakan dalam perlembagaan negara ini.

“Jadi Yang Berhormat, ingat Parlimen ini (ialah) Dewan Negara dan Dewan Rakyat ya… kalau nak perjelas jangan Dewan Rakyat sahaja kami boleh berhenti di sini juga, perjelaskan pada Ahli Dewan Negara juga,” katanya.  HARAKAHDAILY 13/12/2023

- Advertisement -