‘(Taraf) Rendah sangat ke Dewan Negara…?’

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “(Taraf) Rendah sangat ke Dewan Negara ini sampai susah untuk segelintir Menteri datang (hadir)?”

Itu teguran yang diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai respons terhadap segelintir Menteri yang tidak hadir dalam sidang Dewan Negara, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diikuti dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga tetap masih hadir dalam persidangan Dewan Negara.

“Jadi, saya ingin mengingatkan kepada para Menteri bahawa ini merupakan Upper House of Parlimen,” katanya sebelum membenarkan Sesi Soal Jawab Lisan seterusnya dalam Dewan Negara hari ini.

Beliau juga menegur Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan kerana memberikan jawapan yang berbeza berbanding soalan mengenai servis dan layanan dalam industri pelancongan.

Tambah beliau, Khairul Firdaus hanya menyatakan banyak produk pelancongan semata-mata dan bukannya menjawab mengenai isu tersebut.

“Jadi harap Kementerian yang jawab tu bagilah jawapan yang betul-betul tepat,” katanya dalam nada tegas.  HARAKAHDAILY 11/12/2023

- Advertisement -