
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyatakan pendirian terhadap penggunaan teknologi baharu dalam industri tembakau iaitu alat memanas tetapi tidak mengeluarkan asap.
Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) berkata, ciptaan teknologi sistem tembakau dipanaskan dikenali sebagai ‘tobacco heating system’.
Beliau berkata perkara dalam Rang Undang-undang Akta Makanan (Pindaan) 2023 mengandungi penggunaan tembakau meskipun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 diluluskan.
“Apakah terdapat kajian saintifik bagi menangani masalah yang berpunca dari jenis-jenis tembakau yang terkini dalam negara, ini kerana terdapat penemuan produk alernaif bebas asap.
“Ia seperti pengenalan tembakau yang dipanaskan ‘tobacco heating system’ dan teknologi lain cuba menjustifikasi penggunaan risiko bagi perokok kesan negatifnya adalah sama” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Akta Makanan Pindaan 2023 atau Akta 281 pada Persidangan Dewan Rakyat, di sini,hari ini.
Pindaan itu dibuat selepas kerajaan meluluskan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 untuk pastikan tiada percanggahan perkara dalam kedua-dua akta tersebut.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sehubungan itu dalam jawabannya berkata, antara pindaan yang dilakukan RUU Akta Makanan 2023 ialah meminda seksyen dua Akta 281 mengenai takrif tembakau dan hasilnya.
Ia turut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Kuala Kedah mengenai penggunaan teknologi baharu penggunaan tembakau yang dilihat mempunyai masalah sama dengan rokok biasa.
“(Apa) Yang diutarakan itu masuk dalam fasal dua pindaan RUU Akta Makanan iaitu bertujuan untuk meminda seksyen dua Akta 281 dengan memotong takrif tembakau dan hasil tembakau.
“Ia sebahagian fasal dan secara umumnya RUU ini merangkumi empat fasal, selain itu tajuk ringkas peruntukan mengenai permulaan penguatkuasaan akta yang dicadangkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/11/2023




















