Kedah tidak guna pendekatan keras – Sanusi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat pada sesi perbahasan serta penggulungan pada persidangan DUN Belanjawan Kedah 2024 yang berakhir hari ini.

- Advertisement -

Katanya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang masing-masing memberi pandangan yang baik.

“Kesemua Adun sama ada kerajaan mahupun pembangkang memberi hujah yang baik, bernas dan bertatasusila.

“Kedah tidak menggunakan pendekatan keras seperti di sesetengah negeri lain. Suasana tenang dan tiada isu besar pada sidang kali ini,” kata beliau pada sidang media sebaik sahaja persidangan DUN berakhir.

Jelas Sanusi lagi, bajet kali ini antara yang paling pantas diluluskan dan tidak banyak persoalan yang ditimbulkan.

Ujarnya lagi, kebanyakan yang terlibat faham malah bajet yang dibentangkan telus dan terang.

Dalam pada itu, tambah Sanusi, usul mengecam kekejaman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin diterima sebulat suara.

“Ini kali pertama usul berkaitan kekejaman zionis Israel terhadap rakyat Palestin diutarakan dalam sidang DUN Kedah,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -