
KUALA LUMPUR: Penambahan binaan terhadap bangunan kecil yang sudah siap dibina mengundang risiko kepada penduduk setempat.
Afnan Hamimi Taib Azamuddin (PN-Alor Setar) berkata, justeru, beliau meminta penjelasan kerajaan mengenai mekanisme pemantauan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Apakah mekanisme pemantauan yang digunakan oleh pihak kementerian terhadap banggunan ini supaya dapat mengelakkan risiko kebakaran dan ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar.
“Setakat mana tindakan penguatkuasaan yang telah dilakukan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kedua semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Katanya lagi, satu taklimat perlu diberi sebelum penghuni atau pemilik mendiami banggunan tersebut.
“Isu penambahan banggunan dan ketidak patuhan bangunan kecil ini berkait dengan manusia.
“Soalan saya, adakah kementerian bercadang supaya mewajibkan penghuni atau pemilik banggunan mengikuti kursus atau diberi taklimat berkaitan undang-undang sebelum dibenarkan mendiami banggunan ini,” katanya.
Dalam soalan asal, Fong Kui Lun (Ph-Bukit Bintang) meminta pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan negeri-negeri yang telah mengguna pakai Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2021. – HARAKAHDAILY 30/11/2023




















