Negeri Pantai Timur miskin: Rafizi sindir Nik Zawawi

Nik Muhammad Zawawi Salleh
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya melabelkan negeri-negeri Pantai Timur sebagai miskin.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berkata dalam konsep Federalisme, Kerajaan Persekutuan juga mengambil banyak hasil daripada negeri-negeri lain termasuklah di Pantai Timur.

- Advertisement -

Menurut beliau, seharusnya sesebuah Kerajaan Persekutuan bukan sahaja perlu mengambil  hasil negeri-negeri tetapi juga mempunyai unsur timbal balik dalam ekonomi sesebuah negara.

“Kenapa tidak disebut mengenai perkara ini lebih-lebih lagi Kerajaan Persekutuan ambil banyak hasil negeri dalam bentuk cukai dan macam-macam?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, kerajaan persekutuan tidak boleh asyik menyatakan ‘mahu buat pelbagai perkara tetapi pada masa yang sama hasil yang diperoleh banyak juga dipungut dari negeri-negeri lain tanpa sedar’.

Namun begitu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyindir Nik Zawawi tersebut dengan menyatakan bahawa hasil tersebut adalah berdasarkan Keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang besar.

Beliau juga melabelkan  negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) di Pantai Timur sebagai ‘negeri-negeri yang mempunyai KDNK yang buruk’.  HARAKAHDAILY 30/11/2023

- Advertisement -