Jordan gesa penamatan pendudukan Israel di Palestin

Pekerja memuatkan bekalan bantuan kemanusiaan ke dalam trak yang berlepas ke Gaza, semasa gencatan senjata sementara antara kumpulan pejuang Islam Palestin Hamas dan Zionis Israel, di persimpangan Nitzana, Israel pada 28 Nov 2023, (FOTO: REUTERS)
- Advertisement -

AMMAN: Jordan akan menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa yang dihadiri badan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan serantau dan antarabangsa untuk menyelaras bantuan kemanusiaan ke Gaza yang musnah akibat serangan lebih sebulan oleh tentera Zionis Israel.

Dalam kenyataannya pada Khamis, kerajaan Jordan berkata, Ketua bantuan PBB Martin Griffiths dan badan utama PBB serta badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam meningkatkan bantuan ke Gaza akan hadir pada persidangan itu, bersama-sama dengan wakil negara Barat dan Arab yang terlibat dalam usaha bantuan itu.

- Advertisement -

Persidangan itu, yang akan diadakan secara tertutup, akan dialamatkan oleh Raja Abdullah yang telah melobi pemimpin Barat untuk menyokong resolusi PBB yang menggesa gencatan senjata segera, lapor Middle East Eye.

Gencatan senjata empat hari sebelum ini yang dilanjutkan dua hari telah membawa penangguhan pertama dalam pengeboman Gaza, dengan sebahagian besar bahagian utara wilayah pantai dengan populasi 2.3 juta penduduk telah berkurangan akibat kemusnahan susulan serangan Zionis tentera Israel.

Sehubungan itu, Raja Abdullah telah mengecam  Israel sebagai telah melakukan jenayah perang dengan kempen pengeboman tanpa henti yang telah membunuh sekurang-kurangnya 15,000 orang, selain pengepungan kawasan yang menghalang kemasukan ubat, makanan dan bahan api serta memotong bekalan elektrik selama berminggu-minggu. 

Pegawai kerajaan berkata, Raja Abdullah akan menyeru peserta untuk mendesak Israel menamatkan pengepungan ke atas Gaza dan membenarkan pengaliran barang tanpa halangan dengan membuka lintasan sempadan tambahan.

SementarapPegawai PBB pula berkata mereka sudah mendesak Israel untuk membuka semula lintasan Kerem Shalom yang telah digunakan untuk membawa lebih 60 peratus muatan trak ke Gaza sebelum konflik semasa.

Pada masa ini, kebanyakan trak yang membawa bantuan melalui Rafah – satu-satunya pintu masuk terbuka ke Gaza – perlu terlebih dahulu melalui pemeriksaan Israel di persimpangan Nitzana, untuk memastikan sama ada bahan api mahupun barangan penggunaan dua kali dibenarkan.

Sistem pemeriksaan telah menangguhkan bantuan yang sangat diperlukan, kata pekerja bantuan.

Terdahulu, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, dalam ucapan kepada Majlis Keselamatan PBB pada hari Rabu menggesa badan dunia itu untuk menerima pakai resolusi untuk menamatkan perang, berkata Majlis Keselamatan PBB itu ‘berdiam diri seolah-olah memberi Israel perlindungan untuk jenayah perangnya itu’

“Satu-satunya jalan menuju keselamatan dan keamanan ialah penamatan pendudukan Israel di tanah Palestin,” katanya.  HARAKAHDAILY 29/11/2023

- Advertisement -