Tentera AS serang pejuang Islam di Iraq

Serangan tentera udara Amerika Syarikat pada 8 Nov 2023 ke atas gudang senjata di timur Syria. (FOTO: Jabatan Pertahanan AS melalui AP)
- Advertisement -

WASHINGTON/BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat telah melakukan dua siri serangan di Iraq terhadap pejuang Islam yang disokong Iran.

Kenyataan kerajaan AS pada Selasa (21 Nov) berkata demikian, dalam maklum balas pertama negara itu yang dilaporkan secara terbuka di Iraq terhadap berpuluh-puluh serangan baru-baru ini terhadap tenteranya di rantau tersebut.

- Advertisement -

Sehingga minggu ini, AS dilaporkan enggan bertindak balas di Iraq kerana keadaan politik yang rumit di Timur Tengah khususnya konflik perang Hamas-Israel ketika ini, lapor Reuters.

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al-Sudani menurut Reuters lagi, mempunyai kawalan terhad ke atas pejuang yang disokong Iran yang sokongannya diperlukan untuk memenangi kuasa pemerintahan setahun lalu dan yang kini membentuk blok yang kuat dalam gabungan pemerintahannya.  HARAKAHDAILY 22/11/2023

- Advertisement -