Pengasas penipu: Bursa mata wang kripto FTX jatuh

Sam Bankman-Fried
- Advertisement -

NEW YORK: Kejatuhan bursa mata wang kripto FTX adalah hasil daripada penipuan yang dilakukan oleh pengasasnya sendiri.

Seorang penyelidik dan pengkritik mata wang kripto, Molly White berkata, mahkamah mendapati bahawa pengasas FTX,  Sam Bankman-Fried atau SBF didapati bersalah atas tuduhan penipuan wayar (wire fraud), konspirasi dan penggubahan wang haram berbilion-bilion dolar AS.

Menurut beliau dalam artikel The New York Times pada 8 Nov lalu, walaupun tuduhan tersebut menjadi fokus utama dalam kejatuhan bursa matawang kripto tersebut tetapi tidak memberi tumpuan utama kaedah yang dilakukan oleh syarikat tersebut yang dikenali sebagai “pump and dump”.

- Advertisement -

“Amalan sebegini merupakan kaedah yang mana syarikat FTX menaikkan harga token kriptonya (FTT) yang mana kenaikan harga tersebut tidak disandarkan kepada sebarang nilai sebenar untuk dijadikan sebagai asas kira-kira dalam penyata kewangan syarikat itu sendiri,” katanya.

Tambah beliau, terdapat beberapa syarikat yang juga menggunakan kaedah yang sama dalam membina sistem kewangan kripto mereka sendiri.

Walaupun sesetengah pihak cuba menafikan bahawa kejatuhan FTX merupakan suatu perkara yang unik tetapi beliau menegaskan bahawa modus operandinya tetap sama dan terlalu normal dalam dunia matawang kripto.

Kata beliau, usahawan-usahawan baharu dalam industri matawang kripto mempunyai pemikiran yang mana mereka seolah-olah menemui mesin wang percuma pada tahun 2017 yang mana apabila matawang tersebut menjadi popular maka mereka tidak memerlukan sebarang pelabur besar dari luar.

“Mana-mana pelabur yang ingin melabur dalam syarikat sebegini mestilah akan melihat operasi syarikat itu sendiri secara keseluruhan,” ujarnya.

Kejatuhan FTX bukan sahaja menyebabkan ramai pelanggannya kehilangan wang tetapi juga telah memberi kesan yang buruk mana-mana firma yang terlibat dengan industri matawang kripto sehingga ada yang terpaksa diisytihar muflis.

“Dengan lain kata kesan kejatuhan FTX telah memberi kesan kepada seluruh pihak yang terlibat dalam industri ini,” katanya.

Bankman-Fried telah dikenakan hukuman penjara selama 115 tahun setelah didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan yang melibatkan penipuan dalam pengurusan FTX. – HARAKAHDAILY 10/11/2023

- Advertisement -