Modus operandi politik PH tanpa akal budi

Tuduhan PN terima dana judi

- Advertisement -

HANYA ini yang mampu Kerajaan Madani ungkapkan apabila ditanya soal status siasatan terhadap dakwaan PN terima duit judi dalam PRU15 lalu.

Sememangnya inilah modus operandi politik PH yang dangkal dan lemah akal budinya.

Pada Mei yang lalu, Ketua Penerangan PAS, YB Ahmad Fadhli bin Shaari telah pun memberi bayangan bahawa Kerajaan Madani pastinya tidak akan dapat buktikan dakwaan PN terima dana judi meskipun ‘saksi’ baharu dijumpai dan tampil untuk menyerahkan bukti.

Ternyata, hari ini bayangan tersebut menjadi realiti. Kerajaan tetap buntu. Hanya mampu menjawab, ‘masih dalam siasatan’.

Penjawat awam dijadikan perisai dan alat. Mangsa keadaan kepada kitaran ganas mabuk politik Perdana Menteri yang hilang pertimbangan budi dan moral.

Terima kasih Kerajaan Madani, ternyata anda sentiasa gagal. Gagal memburukkan nama PN dan gagal mengurus negara yang semakin rosak di tangan PH-BN ini.

Kepada Allah kita berserah.

USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 10/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -