Gempur Israel: Al-Qassam musnahkan 6 kereta kebal Israel

Pejuang Al-Qassam memberi tentangan yang hebat terhadap angkatan tentera darat Zionis Israel yang memasuki Gaza melalui arah utara dan selatan.
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Hamas berkata unit pejuangnya, Al-Qassam telah berjaya memusnahkan enam buah kereta kebal canggih Merkava milik tentera Zionis Israel.

Ia adalah susulan tembakan mesingan dan peluru berpandu anti-kereta kebal ke arah tentera darat Israel di utara dan selatan Gaza pada awal hari ini, Selasa (31 Okt)  ketika kereta kebal dan infantri Israel menyerang bandar utama enklaf itu, menimbulkan kebimbangan mengenai nasib orang awam Palestin.

- Advertisement -

Pengurus Muslim Care Malaysia-Palestin, Ahmed Abu Ayesh melalui WhatsApps dari Gaza pada hari ini, Selasa (31 Okt) berkata: “Pejuang Al-Qassam telah berjaya memusnahkan kereta kebal Zionis – sebanyak enam buah.”

Briged Al-Qassam, sayap bersenjata pergerakan Hamas yang memerintah Gaza, berkata: “Pejuang telah bertempur awal pada hari Selasa dengan tentera Israel menyerbu paksi selatan Gaza, (termasuk) dengan mesingan, dan menyasarkan empat kenderaan dengan peluru berpandu al-Yassin 105 – merujuk kepada peluru berpandu anti kereta kebal keluaran tempatan.

“Pejuang juga menyasarkan dua kereta kebal dan jentolak Israel di barat laut Gaza dengan peluru berpandu,” tambah kenyataan al-Qassam.

Tentera Zionis Israel laknatullah dibedil oleh mesingan dan peluru berpandu anti-kebal oleh pejuang Briged Al-Qassam.

Sementara Reuters mahupun Guardian tidak dapat mengesahkan laporan mengenai pertempuran; mankala tentera Zionis Israel enggan memberikan sebarang komen segera.

Terdahulu, Israel telah memperluaskan operasi darat di Gaza dalam usaha jahat dan kejamnya untuk menghukum Hamas kerana menyerang Israel pada 7 Okt lalu yang didakwa  pihak berkuasa Israel telah membunuh lebih 1,400 rakyatnya.

Saksi berkata, lapor Reuters, tentera Israel telah menyasarkan jalan utama utara-selatan Gaza pada Isnin (30 Okt) dan menyerang Kota Gaza dari dua arah utara dan Selatan. – HARAKAHDAILY 31/10/2023

- Advertisement -